*tarikh Sunnah Berbekam*

*tarikh Sunnah Berbekam*

Nov 03, 2025

*TARIKH SUNNAH BERBEKAM*

*BULAN NOVEMBER 2025*

*******************

????Tarikh sunnah berbekam adalah tarikh TERBAIK untuk melakukan bekam darah menurut kalendar Qomariah.

Hal ini diperkuatkan dengan hadis berikut :
"Hari Terbaik untuk berBEKAM adalah 17, 19 dan 21 bulan Hijriah." ( HR Abu Hurairah RA)

*******************

Waktu terbaik untuk berbekam adalah satu minggu dipertengahan bulan-bulan Qomariah ( Kalender ISLAM), iaitu satu minggu setelah PURNAMA yang bererti dari tanggal 15 s/d 21 bulan Hijriah, kerana pada waktu ini DAYA GRAVITI BULAN DITAHAP MAKSIMUM KEATAS BUMI terutamanya pada tarikh-tarikh GANJIL sehingga kondisi darah menjadi bergelora dan berada dibawah kulit (Epidermis). Disarankan umat Islam BERBEKAM di waktu ini bagi memaksimumkan pengeluaran darah stasis ( darah toksin) serta sumbatan-sumbatan darah.

*******************

Untuk bulan *NOVEMBER 2025* terdapat tarikh-tarikh sunnah berbekam seperti berikut:

*➡08 NOVEMBER 2025 ( 17 J' AWAL 1447H) - SABTU*

*➡ 10 NOVEMBER 2025 (19 R' AWAL 1447H) - ISNIN*

*➡ 12 NOVEMBER 2025 ( 21 J' AWAL 1447H) - RABU*

Terdapat hadis yang menyatakan tentang keistimewaan tarikh-tarikh sunnah iaitu:

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)


Follow Us

Our Album