Jan 18, 2022
Tuesday Tips~ ????
Human growth hormone (hGH) adalah hormon yang dihasilkan secara semulajadi oleh kelenjar pituitari. Ianya merupakan hormone yang penting untuk tumbesaran, penghasilan sel-sel baru dan regenerasi sel.
HGH membantu untuk membina dan memperbaiki tisu-tisu sihat di otak dan organ-organ lain. Hormon ini membantu mempercepatkan penyembuhan setelah luka, serta membaiki tisu-tisu otot setelah senaman. Ini membantu membina jisim otot (muscle mass), meningkatkan metabolisma dan membakar lemak.
Badan manusia menghasilkan HGH pada kadar tertinggi pada jam 10 malam hingga 2 pagi, apabila anda dalam keadaan tidur. Jadi, tidur awal! Atau, cara mudahnya, dapatkan HGH dari HPA~ ????⚕️