Tazkirah Usahawan Herbalis

Tazkirah Usahawan Herbalis

Mar 25, 2022

Tazkirah Usahawan Herbalis
Ramai yang tahu tetapi sedikit yang mengambil pengajaran dari pengetahuanya itu. Bahawa semua rezeki itu datang dari Allah dalam apa jua bentuk dan apa jua cara.
Maksud firman Allah swt
“ setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus ibadat),dia mendapati makanan di sisinya(Maryam),Dia berkata “Wahai Maryam!dari mana ini engkau peroleh?” Dia (Maryam) menjawab “itu dari Allah.”Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan. (Ali Imran : 37)
Kefahaman 1.
“Jagalah Allah nanti Allah akan menjagamu”.
Sebagai seorang ahli peniagaan yang mencari untung dua dunia maka seluruh aktiviti ekonomi itu perlu melepasi hambatan-hambatan walaupun ia menjanjikan keuntungan yang lebih. Andaikata di longgokan bukit emas dihadapan mata namun hati sama sekali tidak akan menerimanya jika ia diberi dengan jalan pendurhakaan kepada Allah swt.
Kefahaman 2.
“jika pintu rezeki yang terbuka dihadapan kita selama ini tidak halal maka tutuplah segera dan carilah dari pintu yang lain.”
Jika kita berniaga pastikan peniagaan itu halal dan membawa kepada pengampunan Allah. Jalan peniagaan yang tiada khianat dan barang peniagaan yang halal lagi baik. Dari sinilah bermulanya keberkatan dan keuntungan .Jika kita tidak yakin dengan jalan ini bererti imannya selama ini mengalami kecacatan kerana ia menafikan sifat “kaya” Allah swt dan dalam iktiqadnya ujudnya was-was tentang ketuhanan.
Kefahaman 3
“Tauhid itu mengakui keesaan Allah dalam semua perkara.”
Tauhid wajib bersifat jazam iaitu 100% dan tauhid 99.99% itu batal dan tertolak.Ini bermakna boleh jadi dunia kini dipenuhi dengan jutaan muslim pada nama tetapi tauhidnya tertolak. Mereka menjadi penentang kepada ugama mereka sendiri lantaran kejahilan tentang tauhid yang sebenarnya. Rezeki itu dari Allah dan kembalikan haq Allah tanpa sebarang keraguan.


Follow Us

Our Album