Nov 14, 2023
*SOAL JAWAB TENTANG KOPI RADIX*
Bersama :
*Tuan Haji Ismail Haji Ahmad*
*( Pengarah Urusan HPA )*
➡️Soalan 1:
*▶️Kopi 3 in 1 ni bahaya,Kopi Radix 3 in 1 juga kan?*
✅Jawapan :
Kopi Radix bukan kopi 3 in 1 .
1. Kopi
2. Gula
3. Creamer
Kopi radix ialah kopi herba dengan 7 herba
pilihan warisan keluarga pak haji ( Tuan Hj ismail Ahmad)
Herba herba ini baik untuk stamina orang yang memerlukan tenaga Dan memerlukan kekuatan fikiran.
Herba dalam kopi Radix ialah :
1.Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) – AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN.
2.Pokok Mata Pelanduk ( Ardisia Crispa) – DIURETIK.
3.Pokok Teja Lawang (Cinnamomum Inners) – KARMINATIF.
4.Pokok Tebu Gajah (Albizzia Myriophylla) – ANTIDOT.
5.Pokok Mengkudu Hutan (Morinda Elliptica) – LAXATIF.
6.Halban (Vitex Pubescen) – IMUNITI.
7.Larak Hutan (Polyalthia Hypoleuca) – KARDIOTONIK.
➡️Soalan 2
*▶️Kopi Radix ada Kafein?*
✅Jawapan :
Dalam Kopi memang ada kafein termasuklah kopi Radix tetapi kandungan Kafein dalam kopi Radix amat kurang.
Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak menggunakan bahan kimia methylene chloride tetapi ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla) yang bersifat antidot yakni penawar racun.
➡Soalan 3
*▶️Dalam kopi Radix ada Krimer kan?*
*Bukankah krimer ini boleh mendatangkan masalah kesihatan?*
✅Jawapan
Ya... Dalam Kopi Radix juga mempunyai Krimer, tetapi ia menggunakan krimer dari sawit.
Krimer dari sawit tidak mempunyak lemak tran.
Ikuti penjelasan tentang Krimer Bukan Tenusu di bawah ⬇
"Menyedari potensi besar pasaran Krimer Bukan Tenusu yang lebih sihat dan berkhasiat, penyelidik MPOB membangunkan formulasi bahan berlemak berasaskan sawit yang boleh digunakan dalam penghasilan KBT yang nyata bebas daripada asid lemak trans dan juga rendah asid lemak tepu. KBT berasaskan sawit adalah setanding dari segi warna, rasa, bau, kelarutan dan penerimaan secara keseluruhannya dengan KBT komersial yang berasaskan minyak sayuran pepejal terhidrogen."
➡️Soalan 4 :
*▶️Kopi Radix ada gula?bukankah gula bahaya?*
✅Jawapan :
Ya...Kopi Radix memang mengandungi gula,tetapi Kopi Radix boleh mengurangkan glukos dalam darah.
Bagaimana?
ikuti penjelasan dari Tuan Hj Ismail Hj Ahmad di bawah.⬇️
"Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, bagaimana Kopi Radix yang mengandungi gula boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukos dalam darah. Mari kita sama-sama memahami, bahawa gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana ia tidak seimbang, maka ia akan mengganggu organ tubuh berfungsi. Ini dapat kita lihat kesannya selepas setengah jam mengambil gula putih, sistem imuniti akan menurun 40 – 50% (kajian). Ia juga akan menjadikan sel-sel beta dalam pankreas mula tidak peka bagi pengeluaran insulin. Akhirnya gula membanjiri darah dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula adalah sesuatu yang akan menghilangkan tenaga tubuh sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius dan boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta, gangrene dan lain-lain lagi.
Keadaan ini mudah diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur iaitu
penyakit terjadi kerana unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin berada dalam keadaan yang tidak seimbang. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya tidak akan menyembuhkan penyakit tersebut melainkan kaedah penyembuhan dengan mengambil herba yang seimbang.
Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi perawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:-
Teja Lawang ………… Aromatic ………. Api
Larak ……….... Astringen ……… Tanah
Tebu Gajah ………… Manis ………. Air
Tongkat Ali ..………. Pahit …..……
Angin
➡️Soalan 5
*▶️Adakah Kopi Radix Sesuai untuk Orang Gastrik?*
✅Jawapan :
Kopi ada 2 jenis:
1.Robusta
2.Arabica
Keseluruhan Kopi Radix menggunakan Kopi Robusta namun Kopi Black Radix adalah ramuan pra campuran Arabica dan Robusta.
Kopi Arabica lebih kuat aromanya dan ia lebih rasa asam berbanding kopi Robusta.
Manakala kopi Robusta lebih rasa kepada kekacangan,kasar dan lebih pahit berbanding Arabica
Oleh kerana mempunyai asam/asid yang kuat,maka menurut Tuan Hj Ismail Ahmad,Orang yang ada gastrik tidak di galakkan untuk mengambil Kopi Black Radix yang mengandungi kopi Arabica.
Orang yang gastrik lebih sesuai mengambil Kopi Radix Original (Merah) atau kopi Radix yang tiada campuran dengan kopi Arabica...
Wallahu A'lam...
Susunan :
*Pujangga Maya*