*angin Dalam Badan*

*angin Dalam Badan*

Jun 20, 2024

*ANGIN DALAM BADAN*

*PUNCA ANGIN DALAM BADAN*

Gas yang terhasil dalam badan kita iaitu karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan adakalanya gas methana adalah gas gas yang menjadi punca badan anda Berangin atau berasa tidak selesa.

Punca lain yang menyebabkan badan anda Berangin kami kongsikan di sini;

*SISTEM PENGHADAMAN YANG TIDAK LANCAR*

Apabila proses penghancuran makanan oleh bakteria yang ada dalam usus besar terhadap makanan yang tidak di hadam.

*UDARA YANG DI TELAN*

Jika anda telah menelan lebih banyak udara maka Angin yang berlebihan mudah masuk ke dalam badan anda.

*TEKANAN (STRESS)*

Apabila anda tertekan, ianya boleh menjadi punca anda untuk menelan lebih banyak udara sehingga menyebabkan badan di penuhi Angin.

*MAKANAN PENYEBAB ANGIN*

Salah satu punca utama penyebab Angin berkumpul dalam badan. Setiap makanan mempunyai kadar Angin tersendiri.

Antara makanan penyebab Angin adalah sayur yang berair juga buah cempedak dan nangka.

*GULA GETAH (CHEWING GUM)*

Gula jenis ini juga boleh menjadi punca badan anda Berangin.

Setiap kali anda mengunyah gula getah saat itu anda akan menelan udara dengan kadar yang berlebihan sehingga menyebabkan badan anda Berangin.

*MAKANAN BERLEMAK*

Makanan yang jenis berlemak dan bergoreng akan makan masa lebih lama untuk dihadamkan dalam badan anda sehingga menjadi punca gas terkumpul dalam badan.


Follow Us

Our Album