*penyakit Buah Pinggang Tahap 4*

Jul 21, 2024

https://www.facebook.com/161625563065320/videos/799937475670094" data-width="900" data-allowfullscreen="true">

*PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP 4*

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) dibahagikan kepada 5 peringkat berdasarkan fungsi buah pinggang, dan sama ada terdapat tanda-tanda darah atau protein dalam air kencing.

Pada CKD tahap 4, buah pinggang anda mengalami kerosakan dan fungsi buah pinggang merosot dengan ketara. Ini menyebabkan pertambahan toksin dan bendalir dalam badan anda. Ujian darah untuk menentukan fungsi buah pinggang pada peringkat ini akan memberikan anggaran kadar penurasan glomerular (eGFR) 15-29 ml/min. Ada kemungkinan anda akan mengalami simptom-simptom CKD, serta isu-isu kesihatan lain seperti anemia yang disebabkan oleh CKD. Ini adalah fasa kritikal untuk memahami keperluan untuk menggantikan fungsi buah pinggang dan pilihan-pilihan yang mungkin ada.

Simpton-simptom penyakit buah pinggang tahap 4

Tanda-tanda penyakit buah pinggang biasanya mula muncul pada tahap 3, tetapi kadangkala ia tidak muncul sehingga tahap 4. Semasa tahap 4, simptom-simptom adalah lebih lazim dan bertambah teruk apabila fungsi buah pinggang semakin merosot.

*Simpton-simptom CKD tahap 4 termasuk:*

▪️Kelesuan
▪️Sesak nafas
▪️Bengkak di tangan dan kaki anda
▪️Bengkak mata
▪️Perubahan warna air kencing atau isipadu
▪️Kejang otot
▪️Kurang selera makan
▪️Mual dan rasa tidak enak dalam mulut
▪️Masalah tidur
▪️Gatal-gatal
▪️Perubahan warna kuku dan kulit


Follow Us

Our Album