*trigger Finger*

*trigger Finger*

Jul 05, 2025

*TRIGGER FINGER*

*Apakah itu ‘Trigger finger’?*

satu keadaan di mana pesakit akan mengalami kesakitan, kekejangan dan sensasi terkunci (locking or catching) ketika membengkokkan dan meluruskan jari tangan. Dari segi perubatan, keadaan ini juga dikenali sebagai ‘stenosing tenosynovitis’. Jari yang kerapkali terlibat dengan keadaan ini adalah jari manis dan ibu jari. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku pada mana-mana jari yang lain. Keadaan ini berlaku disebabkan terdapat pembentukan nodul pada tendon fleksor menyebabkan ia tersangkut pada A1 Pulley dan akan menyukarkan jari untuk diluruskan.

*Apakah tanda-tanda seseorang itu mengalami ‘trigger finger’?*

Terdapat pembentukan nodul atau benjolan di pangkal jari pada bahagian tapak tangan dan ianya sakit apabila ditekan
Sensasi terkunci (‘catching, popping or locking’) ketika menggerakkan jari berkenaan
Sakit pada bahagian pangkal jari ketika hendak meluruskannya dan sekiranya dibiarkan, jari yang berkenaan akan berada dalam keadaan membengkok dan tidak dapat diluruskan lagi.
Disebabkan keadaan ini, pesakit akan mengalami kesukaran dalam melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tangan. Pekerjaan mereka mungkin terganggu dan mereka akan mengalami kesakitan yang berpanjangan sekiranya tidak dirawat dengan sempurna.


Follow Us

Our Album